Assalamualaikum, buat Ed Shahir..
awak tahu, hari ni saya menangis..
Kerana saya sedih lihat gambar-gambar awak
Kerana saya sedih baca coretan-coretan tentang saya dan awak semasa kita bersama...
awak tahu, hari ni saya sedar..
Allah masih beri saya kekuatan untuk saya menasihati awak..
Allah masih beri rahmat-Nya pada saya untuk mencari kasih-Nya..
Allah masih beri nikmat-Nya untuk saya kenal diri saya..
awak tahu, hari ni saya ingat pada janji saya yang dahulu..
Yang saya taknak lihat dan buat awak menangis..
Yang saya benar sayang, cinta kan awak..
Tapi mungkin, awak bukan buat saya..
awak tahu, hari ni saya luahkan untuk awak..
Awak, jangan pernah buka keburukan pada orang lain..
Awak, saya sentiasa mengaku saya yang bersalah kerana cintakan awak..
Awak, saya tak pernah lupakan awak walaupun sebentar..
Awak, saya sanggup terima segala tohmahan kerana saya taknak orang lain benci pada awak..
Maafkan saya kerana saya buat kesilapan dan kesalahan bila bersama awak..
Tapi kerana saya tak mahu awak lalui segala perkara yang saya pernah lalui ni sekali sebelum ni,kerana itu lah cinta..
awak tahu, hari ni, saya pohon..
Jika awak masih ingat pada saya..
Awak, lupakanlah kenangan yang tercipta bersama kita..
Awak, buangkanlah segala perkara yang berkaitan saya yang boleh buat awak menangis..
Awak, hapuskanlah segala barang yang saya tujukan pada awak..
Awak berhak mendapat kebahagiaan awak, sebab awak sangat comel bila awak terus tersenyum.
awak tahu, hari ni saya jujur..
Yang saya punca segala perkara yang berlaku..
Yang saya takde niat tunding jari pada awak, walaupun ada yang tersirat..
Yang saya tak pernah benci kan awak, walaupun semua ni yang berlaku..
Yang saya sentiasa sayangkan awak, walaupun hati ni sering menangis..
Yang saya ingin ambil berat tentang awak, walaupun saya terpaksa tabah kan hati..
Yang saya mahu semai kan cinta kita atas cinta Allah, walaupun tiada peluang..
Tapi saya tak mengharap, kerana saya serahkan pada Allah tentang jodoh saya.
Walaupun saya bahagia saya tetap akan ingat awak dan segala masa lalu saya bersama awak.
awak tahu, saya sentiasa merindui semuanya.
Maafkan saya Ed, maafkan saya segala kesalahan saya dan segala kesilapan. saya harap awak akan sentiasa bahagia disamping orang orang yang awak sayang, saya sedar semua nya salah saya. Mungkin apa yang terjadi ni ada hikmah dan membuat saya lebih dewasa.
Maafkan saya Ed, maafkan saya segala kesalahan saya dan segala kesilapan. saya harap awak akan sentiasa bahagia disamping orang orang yang awak sayang, saya sedar semua nya salah saya. Mungkin apa yang terjadi ni ada hikmah dan membuat saya lebih dewasa.
selama ni saya banyak bergantung pada awak, mungkin kali ni saya kena kuat dan belajar segalanya sendiri. terima kasih awak atas segalanya. terima kasih sebab awak sanggup layan kerenah saya yang cereweeeet dulu. sekarang saya dah dewasa takde cerewet2 lagi.
pesanan buat awak..
Jadikan ia sebagai pedoman dan kata semangat hidup awak untuk awak terus berjayaaaaaaaa ! Ed semoga awak jumpa orang yang boleh melengkapkan hari hari awak. walaupun saya jauh dari awk, saya tetap sokong awak dari belakang. Terima kasih Ed shahir.
Jadikan ia sebagai pedoman dan kata semangat hidup awak untuk awak terus berjayaaaaaaaa ! Ed semoga awak jumpa orang yang boleh melengkapkan hari hari awak. walaupun saya jauh dari awk, saya tetap sokong awak dari belakang. Terima kasih Ed shahir.
Maafkan saya,
ikhlas dari hati.
Izwani Zain.
ikhlas dari hati.
Izwani Zain.


